icon-search
icon-search
  • IMG_20200907_084621_929.jpg
  • foundation details.jpg
  • foundation 1.jpg
  • Fd 1.jpg

Velvet Coverage Foundation 30ml

RM 70.00
- +
icon-bag Tambah ke bakul
Home

ENSUTOUCH LIQUID FOUNDATION FULL COVERAGE SPF 30(30ML)


Foundation dengan kemasan velvet ini menjadikan solekan anda tampil lebih menyerlah dan licin. Memberi litupan penuh tetapi tetap ringan dan tampak natural. Mudah ditanggal dengan hanya mengunakan Ensutouch Facial Cleanser.

Para saintis SIRIM hanya menggunakan SPF 30 sahaja kerana SPF yang tinggi akan menyebabkan pori muka mudah tersumbat, lantas boleh menyebabkan masalah jerawat dan parut hitam.

Bromex Bioactive sebagai bahan aktif, menjadikan Ensutouch Foundation bukan sahaja berfungsi sebagai bedak asas tapi mampu memberi kesan cerah, menyama ratakan tona, menutup parut  dan jeragat malah sebagai perlindungan daripada sinaran UV.

Dirumus menggunakan bahan berkualiti tinggi dan selamat, istimewa untuk wanita Asia. 

Asid hyaluronik dalam Ensutouch Foundation membantu dalam memberi lembapan pada wajah agar tidak kering untuk ketahanan sehingga 12 jam.

✅Sesuai untuk semua jenis kulit
✅Tona kulit lebih sekata
✅Menghidrat/ Kekal Lembap
✅Mencerah
✅Sesuai untuk semua tona kulit
✅Tahan Sehingga 12 jam
✅Litupan penuh dengan kemasan satin, tampak natural
✅Perlindungan sinar UV dengan SPF 30

*Harga biasa : RM70 (+RM7 pos (SM)/ +RM10 pos SS)


Cara penggunaan Foundation:

- Dengan Jari :

  • Membersih serta melembapkan muka anda terlebih dahulu.

Mekap perlu dipakai pada permukaan yang bersih. Basuh muka anda menggunakan pencuci muka dan keringkan muka selepas dibasuh. Jika anda mempunyai kulit kering, apply pelembap dan tunggu beberapa minit sebelum memakai foundation, untuk memberikan pelembap tersebut menyerap pada kulit.

TIPS : Jika anda kesuntukan masa atau memakai pelembap secara berlebihan, serap lebihan moisturizer tersebut dengan menggunakan tisu sebelum memakai foundation.

  • Memakai sedikit demi sedikit.

Letakkan sedikit foundation (1 titik) pada bahagian belakang tangan anda. Elakkan daripada tuang secara berlebihan. Anda boleh tambah foundation jika tidak cukup.

  • Calit pada muka.

Menggunakan hujung jari anda, calit foundation tersebut di sekitar muka anda. Dahi, kedua belah pipi, dagu dan hidung. Jika tidak cukup, anda boleh tambah pada area yang memerlukan penambahan coverage.

  • Ratakan Foundation menggunakan jari anda.

Menggunakan samada teknik patting/tapping dengan permukaan jari anda, ratakan foundation dengan pergerakan bulatan. Mulakan di bahagian yang mempunyai ton kulit tidak sekata.

  • Sapu dengan rata.

Sapu foundation yang selebihnya di bahagian jawline, hairline dan keliling telinga untuk mengelakkan daripada munculnya garis halus. Beauty blender boleh digunakan untuk meratakan foundation di bahagian-bahagian tersebut.

  • Set Foundation anda.

Tunggu 2-3 minit untuk foundation itu kering. Jika ianya masih lagi lembap, anda boleh menggunakan tisu untuk serap kelembapan tersebut. Selesai sudah mekap, set foundation anda menggunakan setting powder. Setting powder boleh tahankan foundation sepanjang hari.

** Untuk hasil lebih sempurna/kemas, boleh gunakan bersama beauty blender atau brush

Bakul anda
Bakul anda masih kosong.
Sila layari produk kami di sini.