icon-search
icon-search

Ramai Yang Masih Belum Jelas dengan Jeragat..


Punca Utama Masalah Jeragat

Jeragat atau pigmentasi adalah satu masalah kulit wajah yang perlu dirawat dengan segera. Sebenarnya terdapat banyak jenis pigmentasi seperti :

1) Bintik-bintik hitam (Freckles) = biasanya disebabkan terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan, juga disebabkan faktor genetik. Berada di kawasan yang selalu terdedah kepada matahari seperti pipi, tulang pipi dan hidung.2) Tompok hitam tanda proses penuaan (Age Spot) = biasanya disebabkan peningkatan usia (40an ke atas), seringkali kepada yang terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan, juga penggunaan KOSMETIK PENGGELUPASAN mempercepatkan lagi masalah ini. Berada di pipi dan tulang pipi.

3) Pigmentasi Bekas /Parut Jerawat (Post-Acne Pigmentation) = biasanya disebabkan kesan dari parut jerawat yang telah pulih. Berada di tempat asal jerawat tumbuh. 

4) Pigmentasi Kesan Terbakar (Post-Inflammatory Hyperpigmentation) = biasanya disebabkan kesan penggunaan KOSMETIK yang mengandungi BAHAN KIMIA MERBAHAYA menyebabkan PENGGELUPASAN dan juga kesan LASER. Berada di parut luka/penggelupasan, parut kesan terbakar/laser, juga parut jerawat. Di antara pigmentasi yang agak sukar dirawat dan mengambil masa yang agak lama (berbulan2 atau bertahun) untuk pulih kerana melibatkan lapisan dalam kulit yang telah rosak. Jika ia dibiarkan boleh menyebabkan KANSER KULIT.

5) Melasma/ Chloasma = biasanya disebabkan perubahan hormon (pengambilan pil perancang juga salah satu faktor), genetik dan ketika mengandung (digelar Chloasma). Selain di pipi, ia juga boleh berada di dahi atau di atas bibir.

6) Pigmentasi Sun Burn (Solar Lentigines) = biasanya disebabkan pendedahan berlebihan pada sinar UV/ sinar matahari. Berada di pipi, tulang pipi dan hidung. 7) Tona Kulit Tak Sekata (Uneven Skin Tone) = boleh disebabkan oleh terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan, perubahan hormon (menopaus) dan kesan dari pengambilan ubat2an. Perubahan warna kulit muka yang tidak sekata.


KESAN BAHAYA JIKA JERAGAT dibiarkan..

Sekiranya tompok yang kecil tidak dirawat akan menjadikan tompok semakin merebak  dan membesar, menyebabkan keseluruhan kulit anda menjadi kusam dan nampak lebih berusia. 


Pendedahan berterusan kepada sinar matahari / sinar UV tanpa pelindung matahari ini boleh menyebabkan PENYAKIT KULIT/ KANSER KULIT kerana lapisan luar kulit (epidermal) dan lapisan dalam kulit (dermis) yang telah pun ROSAK akan semakin rosak bila terkena secara terus kepada sinar UV. 


Aduhhh takutnyaaa... Tak sangka rupanya BAHAYA masalah JERAGAT (PIGMENTASI) ni.. Bukan perkara yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Bila dah kena PENYAKIT ni, duit sudah tentu bukan lagi persoalan. Habis berpuluh2 atau beratus ribu pun dah tak fikir, cuma fikir nak SEMBUH sahaja. Itu bagi yang mampu. Kalau yang tak mampu pulak?? Huhuhu.... Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.... 😢


Anda sebagai pengguna yang bijak sudah tentu tak nak biarkan masalah ini berlarutan bukan?? Jom dapatkan skincare yang terjamin selamat dari SIRIM BHD ini.
UNTUK TERUS WASAP >> KLIK SINI


Di Antara Senarai Produk Kosmetik Beracun


Jom kita kenal pasti di antara produk di pasaran yang telah disahkan beracun/ merbahaya/ mengandungi bahan kimia yang memudaratkan, yang boleh menjadikan PUNCA UTAMA kepada masalah JERAGAT ini.

 


Senarai ini adalah produk-produk kosmetik yang diharamkan oleh KKM (dibatalkan Notifikasi) kerana mengandungi bahan beracun dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara, KKM dari tahun 2008 – 2018

SENARAI TERKINI 122 PRODUK KOSMETIK BERACUN – KKM 2018


Tips Berguna Untuk Hilangkan Jeragat


A- TIPS ASAS

1) Cuci muka dengan bersih jika anda suka pakai make up, sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

2) Pastikan tidak berada terlalu lama di bawah cahaya matahari supaya terlindung dari bahaya sinar UVA dan UVB yang akan merosakkan kulit.

3) Pastikan KOSMETIK yang digunakan adalah selamat tanpa BAHAN KIMIA MERBAHAYA.  

Macamana nak tau produk itu adalah selamat? Produk yang berdaftar dengan KKM biasanya adalah lebih selamat. Ianya lebih selamat jika mempunyai latar belakang kajian dan penyelidikan yang lebih menyeluruh. 

Produk Ensutouch adalah hasil kajian 11 saintis SIRIM BHD, di mana 3 daripadanya adalah pemegang PHD dan 8 Master Researcher. Terjamin selamat berdasarkan ujian klinikal ke atas 100 individu.


Cara Khusus Untuk Hilangkan Jeragat

1) Penggelupasan menggunakan bahan kimia - Lapisan paling luar kulit dan tompok hitam digelupaskan menggunakan bahan kimia khas seperti glycolic acid dan salicylic acid. Walaubagaimanapun, bagi sesetengah kes, individu mungkin mengalami radang kulit, melecur dan perubahan warna kulit yang lebih teruk dari asal. = BERISIKO & KOS TINGGI

2) Topical - Hydoquinone dengan tahap konsentrasi 2% - 4% boleh digunakan secara harian (atas nasihat doktor) dan penggunaan berterusan untuk 4 bulan sehingga 1 tahun adalah disarankan untuk kesan terbaik. Namun, kesan sampingan seperti radang kulit, kemerah-merahan serta kegatalan mungkin akan berlaku. Juga dikhuatiri jika terlebih guna, hydroquinone itu pula yang akan merosakkan kulit sehingga boleh terjadinya KANSER KULIT= BERISIKO, KANSER KULIT 

3) Laser - Lebih dari satu sesi diperlukan untuk menghilangkan pigmentasi (jeragat). Walaubagaimanapun, memandangkan penggunaan laser melibatkan haba panas yang dimasukkan ke dalam kulit wajah, kekerapan rawatan akan membuatkan kulit lebih sensitif kepada cahaya matahari, yang membuatkan kulit makin terbakar dan makin sensitif seterusnya tidak dapat melindung sinar UV. Tidak hairanlah ramai pengguna selepas laser mendapati muka semakin hitam terbakar (melecur) dan jeragat pula semakin merebak ke tempat lain. = KOS YANG TINGGI & BERISIKO 

4) Gunakan Skincare yang Selamat dan Bebas Bahan Kimia Merbahaya - Pilih dengan teliti skincare yang ingin digunakan. Utamakan 4 kriteria utama dalam pemilihan produk

1. Mempunyai ujian klinikal

2. DIiktiraf badan piawaian seperti SIRIM Berhad

3. Diikitiraf HALAL oleh JAKIM

4. Diluluskan oleh KKM

Walaupun terdapat beberapa cara khusus untuk menghilangkan jeragat, majoritinya mempunyai kesan sampingan yang boleh memburukkan lagi keadaan. Kos yang diperlukan juga adalah mahal, manakala masa yang diperlukan juga adalah lama iaitu di antara 4 bulan sehingga 1 tahun.

Untuk cara yang lebih SELAMAT, KOS BERPATUTAN dan MASA yang lebih SINGKAT, KLIK DI SINI

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.