icon-search
icon-search

Sirim Berhad Hasilkan Skincare Menggunakan Enzim Yang Pertama Di Malaysia

821px-Logo_Institut_Piawaian_dan_Penyelidikan_Perindustrian_Malaysia.svg.png

#1 HASIL KAJIAN SIRIM BERHAD

ENSUTOUCH adalah hasil kajian SIRIM yg merupakan antara organisasi terbaik dalam bidang R&D di Malaysia!

Penyelidikan ENSUTOUCH mengambil masa bertahun dan menelan belanja ratusan ribu ringgit. Banyak kos masa & wang yang dilaburkan semata-mata untuk menghasilkan produk penjagaan wajah yang terbukti selamat, berkesan dan berkualiti.

saintis.jpeg

#2 DITUNJANGI OLEH PAKAR
Proses penyelidikan ENSUTOUCH juga dibuat oleh saintis berpengalaman, Dr Nurul Izza Nordin bersama 3 orang lagi senior PHD di makmal berteknologi tinggi.

enzim-bromelain.jpg
#3 KOSMETIK PERTAMA DI MALAYSIA BERASASKAN ENZIM

ENSUTOUCH
 merupakan produk kecantikan pertama di Malaysia yang menggunakan enzim sebagai bahan aktif utama.

Tindakan enzim akan memberi kesan yang lebih cepat kerana enzim bertindak dengan cara meresap ke dalam kulit. Ibarat enzim yg berada pada lidah,cepat untuk kita merasa.

Bahan aktif utama bagi Ensutouch adalah Enzim Bromelin yang dihasilkan daripada nenas yang terbukti sangat berkesan menjadi pemangkin kepada proses rejuvinasi kulit untuk pengantian sel kulit baru.

53369449_414500519125886_5788050670011547648_n.jpg

#4 TERBUKTI SELAMAT TANPA BAHAN KIMIA MERBAHAYA

Sudah kita maklum, SIRIM merupakan organisasi yang sinonim dengan produk selamat di Malaysia. ENSUTOUCH telah menjalani ujian & saringan yang ketat pada waktu penyelidikannya.

53761180_2256713027719743_7760081601140097024_n.jpg
#5 TELAH DIUJI KEBERKESANANNYA

Keberkesanan produk tidak boleh disandarkan pada testimoni pelanggan semata-mata. Ianya perlu diuji secara saintifik dan melalui ujian makmal.

Keberkesanan ENSUTOUCH telah diuji melalui proses 3D Cell Screening yang menelan kos yang amat tinggi. Dengan kaedah ini, tiada ujian ke atas haiwan dilakukan sepanjang proses penyelidikan.

Sampel awal telah diberikan kepada 100 wanita dan maklumbalas yang diterima amat memberangsangkan.

Itu 5 sebab utama kenapa anda perlu yakin dengan ENSUTOUCH. Ianya bukan produk biasa-biasa! Ianya merupakan hasil usaha gigih segelintir penyelidik untuk menghasilkan produk kecantikan yang terbukti berkesan, selamat & berkualiti untuk anda.

#6 MEMENANGI ANUGERAH `ITEX 2018` & DIIKTIRAF ANTARABANGSA.

ITEX.jpg


Jadi, bagaimana ENSUTOUCH ni boleh bantu untuk merawat masalah jeragat..

mel1_1200x.jpg

(1) Merencatkan penghasilan melanin secara berlebihan dalam kulit
Setiap dari kita mendapat warna tona kulit yang tersendiri daripada pigmen yang dikenali sebagai melanin. Sejenis sel dipanggil melanocytes yang terdapat dalam lapisan kulit kita yang akan menghasilkan melanin dan ianya dipengaruhi sepenuhnya oleh sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari.
.
Makin banyak kulit kita terdedah kepada sinaran UV, semakin banyak melanocytes menghasilkan melanin. Ini kerana melanin berfungsi untuk melindungi sel kulit kita daripada bahaya sinaran UV agar sel kulit tidak rosak. Namun begitu, apabila sel melanocytes menjadi terlalu aktif, kulit kita yang akan mendapat lebih banyak pigmen melanin menjadikan sel kulit mudah berjeragat.

Cara paling berkesan untuk merawat jeragat adalah dengan menghalang jeragat itu dari terjadi. Enzim Bromelain yang terkandung di dalam Ensutouch terbukti boleh merencatkan proses melanocytes untuk menghasilkan melanin secara berlebihan, secara tak langsung menghalang pembentukan jeragat

53472778_368745967310731_583421146238550016_n.jpg

(2) Menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi dalam kulit

Jeragat lebih mudah terjadi apabila usia kita meningkat. Ianya disebabkan oleh keupayaan badan kita untuk merawat sel kulit telah berkurang.

Di lapisan kulit manusia terdapat kolagen yang membantu merawat tisu dan sel kulit yang rosak atau mati. Namun tahun demi tahun, badan kita yang semakin berusia tidak dapat lagi menghasilkan kolagen untuk merawat kulit di peringkat optimum. Oleh itu, jeragat lebih senang terjadi.

ENSUTOUCH Active Skin Repair Serum mampu meresap ke dalam fibroblast iaitu bahagian lapisan kulit paling dalam di mana kolagen dihasilkan. Di bahagian ini, enzim bromelain yang terdapat dalam ENSUTOUCH akan merangsang penghasilan kolagen secara semulajadi dalam kulit, secara tak langsung mengoptimumkan proses perawatan kulit


1-s2.0-S0927796X16300213-gr15.jpg

(3) Melancarkan proses penggantian kulit baru
Lapisan jeragat pada kulit lebih susah dikeluarkan apabila sel kulit mati tidak dibuang dengan baik kerana ini akan mengakibatkan sel kulit baru tidak naik ke bahagian atas.

ENSUTOUCH Facial Cleanser mampu membuang kulit mati dengan efektif (digest dead skin cell). Apabila kulit mati dan lapisan kulit berjeragat dapat dibuang dengan baik, proses rejuvenasi dan penggantian kulit baru akan menjadi lebih lancar.

ENSUTOUCH Sleeping Mask mampu mengoptimumkan proses rejuvenasi kulit. Proses rejuvenasi kulit paling optimum adalah pada pukul 1-3 pagi

blogaticle_visual16-1024x576.jpg


(4) Meningkatkan perlindungan terhadap sinaran UV

Enzim bromelain lebih efektif berbanding vitamin C dan E bagi meningkatkan perlindungan kulit anda. Enzim bromelain juga melindungi dari bahaya sinaran UV oleh cahaya matahari dan sekaligus membantu mencerahkan kulit. Ini sekaligus memberi perlindungan kepada sel kulit anda dari punca utama jeragat di samping mencerahkan bintik hitam jeragat.

Yakinlah Ensutouch ini mampu untuk bantu anda atasi masalah jeragat dan dapatkan kulit yang lebih baik dan sihat berbanding sekarang.

Namun, harus diingatkan proses merawat jeragat ini memang mengambil masa. Kena hati-hati dengan produk yg claim boleh pudarkan jeragat dalam masa yang singkat sebab takut ada kesan penggelupasan dan melibatkan penggunaan bahan merbahaya.

SILA BACA DAN FAHAM !!!!!

web.jpg


Untuk Berhubung Dengan Pembantu Dr Izza Klik Link Wassap Ini !!!



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.