icon-search
icon-search

Punca Kulit Kering


punca kulit muka kering

Kulit muka kering membuatkan kulit wajah anda tampak lebih kusam walaupun bersolek dan mengenakan blusher di pipi bagi menaikkan seri wajah. Kulit muka kering terjadi disebabkan oleh faktor pemakanan, penjagaan kulit wajah dan tindak balas produk kecantikan yang digunakan. Ramai wanita mahupun lelaki yang mengalami masalah kulit kering yang menyebabkan muka mereka menjadi semakin kasar, kulit tidak flawless malah berkerutu.

Punca Kulit Muka Kering

kenapa kulit muka kering

Bagi mengatasi masalah kulit kering, anda terlebih dahulu harus mengetahui punca-punca kulit muka menjadi kering. Terdapat banyak punca kulit muka kering yang wajib anda ketahui bagi merawatnya.

1. Kurang Pengambilan Sayur-sayuran Dan Buah-buahan

buah untuk kulit muka kering

Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan elemen penting dalam membekalkan vitamin kepada seluruh tubuh badan termasuklah kulit muka. Kulit wajah yang kekurangan zat vitamin dan mineral akan kelihatan kering dan tidak bermaya.

2. Kerap Mencuci Muka Dengan Sabun

cuci kulit muka kering

Mencuci muka menggunakan sabun dengan kerap adalah amalan yang salah. Anda perlu mencuci muka sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali sehari dengan menggunakan sabun atau pencuci wajah. Kekerapan mencuci muka dengan sabun lebih dari 3 kali sehari menjadikan kulit anda dehidrasi dan lebih kering.

3. Kurang Minum Air Putih

atasi kulit muka kering

Air Putih berfungsi melancarkan darah diseluruh badan termasuklah bahagian kulit wajah anda. Kulit muka kering juga berpunca dari kurangnya pengambilan air putih.

4. Salah Pilih Produk Penjagaan Wajah

salah produk kulit muka kering

Produk penjagaan wajah seperti pencuci muka, krim untuk dipakai ketika waktu siang dan malam, toner dan lain-lain lagi mempengaruhi keadaan kulit muka anda. Pemakaian produk penjagaan wajah yang mengandungi merkuri memberi tindakbalas negatif seperti kulit muka semakin nipis, terasa pedih dan kemungkinan kulit muka akan kering sehingga rosak atau breakout!




Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.